Kongsikan Entri Kami

Friday 30 November 2012

OMG : Pembaziran Susu Besar-Besaran Di Brussels, Belgium (7 Gambar)


BRUSSELS - Ratusan peladang bertindak menyembur bergelengelen susu segar ke arah bangunan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) bagi membantah tindakan kerajaan yang menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian pengeluaran bahan makanan itu, semalam.

Jawatankuasa Susu Eropah melaporkan, harga kuota susu segar yang ditetapkan kerajaan telah menyebabkan sebahagian peladang mengalami kerugian.

"Sebagai contoh, harga borong untuk seliter susu adalah 0.26 euro (RM1.02), tetapi kos pengeluarannya adalah sebanyak 0.40 euro (RM1.60)," kata jurucakap Jawatankuasa Susu Eropah.

Sepasukan polis anti rusuhan dikerah menghalang kumpulan peladang itu dari menyembur susu ke dalam bangunan.

Menurut polis, peserta turut menyekat beberapa jalan raya paling sibuk di Brussels sebelum menyerbu ke bangunan Parlimen EU dengan traktor.


p/s : Gambar last memang style gler.. steady abang polis.. hehe.. 

Sumber : Here
Read More.. "OMG : Pembaziran Susu Besar-Besaran Di Brussels, Belgium (7 Gambar)"

Kesian : Bayi Meninggal Dihempap Buah Durian Ketika Didukung Ibu (2 Gambar)


NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.

Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.

Kedua-dua pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 2010 dan menetap di rumah papan itu sejak berkahwin. 



Mengimbau semula kejadian itu, Samimi memberitahu, sebelum kejadian dia sedang mengangkat pakaian di ampaian dan mendengar tangisan Muhd. Yusuf yang ketika itu sedang tidur di buaian di dalam rumah.

“Saya kemudian masuk lalu mendukungnya sebelum meneruskan semula kerja mengangkat pakaian. Tanpa disangka, sebiji durian tiba-tiba luruh lalu terkena kepala dia dan tangan kiri saya,” ceritanya ketika ditemui di HSB di sini.

Tambahnya, dia kemudian cemas apabila mendapati Muhd. Yusuf terus terdiam dan tidak sedarkan diri sebelum menjerit dan memanggil jiran untuk membawa anaknya ke HSB. Ketika itu suaminya keluar bekerja.

Sementara itu, Zainal berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu namun enggan mengulas lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


p/s : Dah ajal baby tu...Syurga jugak tempat dia..

Sumber : Here 
Read More.. "Kesian : Bayi Meninggal Dihempap Buah Durian Ketika Didukung Ibu (2 Gambar)"

OMG : Ferrari Warga Singapura Kemalangan Di Karak (2 Gambar)

Kejadian ini dilaporkan berlaku petang semalam di lebuh raya Karak. Sebuah kereta Ferrari bernombor pendaftaran Singapura telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.Kereta itu adalah satu daripada konvoi kereta Ferrari yang melalui lebuhraya Karak pada waktu itu. Jalan licin akibat hujan dikatakan punca kejadian. Padahal driver tu tak panadai kontrol. Kereta je mahal tapi skill takde (ayat jeles). Harap maaf jika terasa. Hehe.. 



p/s : Sila tengok Ferrari itu. bukan entiti yang berseluar pink itu yer. hehe

Sumber : Here



Read More.. "OMG : Ferrari Warga Singapura Kemalangan Di Karak (2 Gambar)"

Berita : Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara Oleh PBB (Gambar)

PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh dari perwakilan sebelum beliau memberi ucapan, di Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. Sebelum ini, taraf negara Palestin ialah "non-member observer entity". Setelah memenangi undi di PBB, akhirnya Palestin dinaik taraf menjadi "non-member observer state"
 
Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012. Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebahagian besar perwakilan PBB mengundi mengiktiraf negara Palestin, satu kemenangan yang lama dicari rakyat Palestin dan merupakan kekalahan diplomatik memalukan bagi Amerika Syarikat.  Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.



p/s : Terharu beb tgk video kat atas ni..

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara Oleh PBB (Gambar)"

Thursday 29 November 2012

Cool : Pernah Tengok Kapal Layar Boleh Terbang? (8 Gambar)


Ilham seorang pereka Perancis, Yelken Octuri yang juga merupakan salah seorang juru reka bentuk untuk kabin Airbus bagi mencipta sebuah rekaan konsep yang dikenali sebagai "Flying Yacht" mula menampakkan hasilnya.

Rekaan ini telah digabungkan bersama dengan pengetahuan reka bentuk kapal terbang dan minat terhadap laut bagi mewujudkan reka bentuk kapal layar yang pelik ini.

Sebelum ini, kita telah banyak melihat rekaan konsep kapal layar namun rekaan terbaru ini tidak kurang hebatnya. Para jurutera dan pereka sudah mengambil keputusan untuk mendekatinya dan menjadikan ia nya satu realiti.









p/s : boleh terbang pergh... konsep je ni..

Sumber : Here
Read More.. "Cool : Pernah Tengok Kapal Layar Boleh Terbang? (8 Gambar) "

OMG : Imej 3D Dewa-Dewi Muncul di Tengah Bandar Phnom Penh (6 Gambar)


Imej 3D yang menunjukkan rupa dewa-dewi kepercayaan warga Kemboja telah muncul di bandar Phnom Penh baru baru ini. Ini merupakan projek terbaru kerajaan Kemboja bagi menggabungkan elemen budaya dan pembangunan di bandar utama itu. 






p/s : seni yang cool..

Sumber : Here

Read More.. "OMG : Imej 3D Dewa-Dewi Muncul di Tengah Bandar Phnom Penh (6 Gambar)"

Cute : Gambar-Gambar Yang Membuatkan Anda Hilang Stress (15 Gambar)

Layan jer la gambar-gambar horror kat bawah ni.. ada yang seram, ada yang biase2 je.. mungkin ada orang yang tak rasa apa2 pun tgk gambar kat bawah ni.. Peace no war..
















p/s : Hope dapat hilangkan stress korang.. :) 

Sumber : Here
Read More.. "Cute : Gambar-Gambar Yang Membuatkan Anda Hilang Stress (15 Gambar)"

Seram : [Video] Rakaman Hantu Yang Sangat Menyeramkan


Aku terjumpa video niee.. tak bleh tido aku dibuatnya.. habis satu kampung lari tengok hantu nie... tak salah aku ni kat Malaysia.. tapi tak tau location dia kat mana. 

Kepada yang lemah semangat baik jgn tengok.. 


p/s : Amacam? Seram tak? 

Sumber : Here
Read More.. "Seram : [Video] Rakaman Hantu Yang Sangat Menyeramkan "

Bodoh : Gadis Ini Akan Bogel Kalau Malaysia Menang Dengan Laos (2 Gambar)

Gadis Melayu Akan Bogel Kalau Malaysia Menang Laos Dan Reaksi Orang Ramai.

Cakap je lebih... dasar budak hingusan... xpun ada org saje2 je nak buat gempak..



Read More.. "Bodoh : Gadis Ini Akan Bogel Kalau Malaysia Menang Dengan Laos (2 Gambar)"

WTF : Lelaki Jemput Gadis Dalam 'Video Game' Untuk Hadir Ke Perkahwinan (5 Gambar)

Lelaki Jemput Gadis Dan 'Video Game' Untuk Hadir Ke Perkahwinan.

Hanya di Jepun :
Seorang selaki telah menjemput seorang gadis dan dua orang kawannya ke majlis perkahwinannya. Yang peliknya tiga orang itu adalah gadis dalam 'Video Game'. Lelaki itu juga sediakan tiga kerusi pada sebuah meja untuk tiga orang kawan 'video game' nya ini.



p/s : Forever alone...



Read More.. "WTF : Lelaki Jemput Gadis Dalam 'Video Game' Untuk Hadir Ke Perkahwinan (5 Gambar)"

Cool : Permainan Kereta Api Dengan Landasan Terpanjang Di Dunia (5 Gambar)

Permainan Kereta Api Dengan Landasan Terpanjang Di Dunia.
Ianya dibina di China dengan panjang 2,888 meter. 






Read More.. "Cool : Permainan Kereta Api Dengan Landasan Terpanjang Di Dunia (5 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...