Kongsikan Entri Kami

Monday 19 September 2011

Cool : Lastel , Hotel hanya untuk Mayat di Jepun (6 Photos)

Dengan bilangan kematian mencecah 1.6 juta orang setiap tahun di Jepun, membuka bisnes yang berkait rapat dengan kematian akan memberi pulangan yang lumayan. Seorang ahli bisnes di Yokohama, Hisayoshi Teramura telah membuka hotel hanya untuk mayat. Sebelum ini, dia juga mempunyai bisnes perhiasan kubur dan juga keranda, jadi dia mendapati kadang-kadang mayat tidak mempunyai lokasi yang sesuai untuk disimpan apabila ahli keluarga tidak mempunyai masa untuk selesaikan pengembumian mereka. Jadi hotel ini yang diberi nama Lastel akan menjadi tempat tinggal mayat ini dengan harga serendah 12,000 yen sehari. Selain itu, hotel ini jufa membantu ahli keluarga untuk meletakkan mayat di tempat yang selamat kerana ruang rumah terlalu kecil dan juga menunggu urutan untuk pemberian lokasi pengembumian. Selalunya proses ini mengambil masa sehingga empat hari, dan hotel ini yang menjadi penyelamat sehingga segalanya selesai.Selain itu, ahli keluarga juga boleh tinggal bersama-sama dan menjaga mayat kerana perkhidmatan dapur dan bilik mandi disediakan.


amusingplanet

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...