Kongsikan Entri Kami

Thursday 25 August 2011

Panas : Pelajar Perempuan Diraba Dalam Bas


SANDAKAN – Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, ketika mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16.

Menurutnya seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa dan ketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya.

“Beberapa penumpang lain di dalam bas itu bertindak membantu menangkap lelaki itu selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis peronda apabila bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Batu 4,” katanya di sini hari ini.

Fadzil berkata lelaki berusia 35 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: MyNewsHub


3 comments:

✖ ΔмΔℓƖиΔ ✖ said... Best Blogger Tips

ak dh bce dh ..
sebenarnya prmpuan tu yg seksi ..
pakai skirt plk ..
maaf , tp sbb tu kowt dye kne kcau ..

Anonymous said... Best Blogger Tips

gambar ni mcm xbtul. ada post psl pic ni tp different story. plis jgn konpiuskan org.

mimiey said... Best Blogger Tips

uishhh, sandakan? tempat aku ne, macam2 jak bah :(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...